Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Proton Exora Terbakar, Gadis Dakwa Suhu Bumi Terlalu Panas



Seorang pengguna Facebook, Sys Lieya, memuat naik dua gambar kereta milik bapa saudaranya terbakar di lebuhraya, semalam.

"Allahuakbar, kereta Exora pak sedara terbakar. Tank bocor dan isi minyak full. Baru hari tu kejadian kereta Ferrari, kali ni terjadi dekat family sendiri. Take note kawan-kawan," katanya.

Menurut Lieya, kereta Proton Exora itu baru dibeli oleh bapa saudaranya dan 'usia' belum genap setahun.


Lieya juga turut memberikan pandangan dan amaran kepada para pengguna yang lain agar tidak mengisi petrol sehingga maksimum kerana bimbang akan menyebabkan letupan di dalam tangki bahan api. 

Amarannya itu dibuat berdasarkan peningkatan suhu bumi pada hari-hari yang akan datang.

"Jika mahu mengisi petrol, isi separuh dan tinggalkan sedikit ruang untuk pencerapan udara," katanya.


Menurut Lieya lagi, lima buah kemalangan yang sama terlah berlaku hanya kerana mengisi petrol maksimum.

"Jangan abaikan mesej ini setakat di sini. Biarkan orang lain dan keluarga anda yang memandu tahu mengenainya sehingga mereka dapat mengelakkan ia," ujarnya.
0 Kaki Cili Padi "Proton Exora Terbakar, Gadis Dakwa Suhu Bumi Terlalu Panas"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info