Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Pengunaan Masya-Allah, SubhanAllah, Nauzubillah & lain-lain di tempat yang betul.





Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:

» MasyaAllah – Allah Maha Agung

» Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah

» SubhanAllah – Maha Suci Allah

» Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan pada situasi kurang elok ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon keampunan Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”(Kami memohon perlindungan Allah).

Ungkapan "MashaAllah" sepatutnya digunakan untuk perkara yang menggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya atau bidangnya perlu kita sebut

"MasyaAllah, hebatnya dia dapat 20 A1 dalam SPM"  atau "MasyaAllah, cantiknya baju awak"

Dalam masa yang sama, penggunaan kalimah ini boleh menghindari seseorang mendapat penyakit "ain" atau sumpahan mata . Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati di kebanyakan negara Arab, Pakistan dan Iran , mereka akan melakarkan perkataan "MasyaAllah" jika mereka sedang dalam proses pembinaan bangunan dan kalimah itu kekal sehinggalah bangunan siap dibina.

Manakala penggunaan kalimah SubhanAllah pula biasa digunakan oleh baginda SAW dalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang tepat. Sebagai contoh dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dari Abu Hurairah ra mafhumnya

"Suatu hari aku berjunub dan ternampak Rasulullah SAW berjalan bersama para sahabat, lantas aku menjauhi mereka dan pulang untuk mandi junub, setelah itu aku datang menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Wahai Abu Hurairah, mengapakah engkau melarikan diri tatkala ternampak kami? Aku menjawab: Wahai Rasulullah , aku kotor (berjunub) dan aku tidak selesa untuk bertemu kalian. Rasulullah SAW bersabda: SubhanAllah!! sesungguhnya mukmin tidak najis"

Lihatlah bagaimana ungkapan Nabi tika mendengar kata-kata Abu Hurairah . Baginda tersentak dengan fahaman Abu Hurairah yang kurang tepat. Oleh itu, sepatutnya jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan "SubhanAllah", contohnya

"SubhanAllah, awak belum solat lagi?" atau "SubhanAllah, kenapa boleh jadi macam tu?"

Wallahu a'lam.

0 Kaki Cili Padi "Pengunaan Masya-Allah, SubhanAllah, Nauzubillah & lain-lain di tempat yang betul."

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info