Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

PADAH 'BLOCK PARKING', CERMIN KERETA DIPECAHKAN



JOHOR BAHRU - Gara-gara tersilap memberikan nombor telefon bimbit, kereta milik seorang individu dipecahk#an oleh individu yang berang dengan tindakan pemilik kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku di Johor Bahru City Square itu, cermin kereta Proton Persona bernombor pendaftaran JLJ 1804 dipecahkan di bahagian pemandu atas sebab telah menghalang laluan kenderaan lain selain dari memberi nombor telefon yang salah.

Difahamkan, pemilik kenderaan terb#abit telah meninggalkan nota yang ditulis,

“Call me at 0162236205. By the way, sorry ya” - Shah.


Bagaimanapun, si pelaku mengatakan nombor telefon yang diberi tidak wujud menyebabkan dia mengambil tindakan me#mecahkan cermin kereta itu.

Sebelum beredar, dia sempat meninggalkan nota,

“I think you are the biggest as’sh0le in t#he world to think that you could leave a wrong number!”

Walaupun begitu, tindakan memecahkan harta benda orang lain adalah salah di sisi undang-undang. Sewajarnya si pelaku bersabar dan meminta bantuan pusat beli-belah.

Gambar-gambar itu kini telah menjadi viral# dan bualan hangat para netizen di Facebook.








0 Kaki Cili Padi "PADAH 'BLOCK PARKING', CERMIN KERETA DIPECAHKAN"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info