Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Nubhan Bakal Jutawan Muda, Kegagalan Ajar Erti Tidak Putus Asa

Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita daripada bintang AF6, Nubhan Ahmad yang kini sibuk menguruskan perniagaan sendiri malah dia juga merupakan Pengarah Urusan Nubhan Ventures (CEO) syarikat Nubhan Ventures.



Nubhan telah mengeluarkan produk bedak asas bagi lelaki dan wanita Juwita Divine Sexy Foundation yang berpengkalan di Seremban.

“Sebelum berjaya saya banyak kali jatuh, tergolek, dan pelbagai dugaan lagi yang perlu saya tempuhi. Ada ketikanya saya ditipu dan dalam kocek seluar berbekalkan RM50 sahaja”

“Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran saya telah dikurniakan rezeki daripada Allah. Walaupun, banyak pengalaman dan dugaan tapi saya jenis tak mengenal erti putus asa,”

“Mengenai status jutawan, kalau dapat Alhamdulillah, itupun kalau dapat capai target. Apa-apa sekalipun kita kena tahu bagaimana mahu mengawal diri untuk berrpijak di bumi yang nyata”

“Kadang-kadang apa yang berlaku dengan diri kita adalah pengajaran dan jangan lupa diri,” jelasnya semasa Majlis Pelancaran Juwita Divine malam kelmarin.

Nubhan turut memberitahu bahawa tunangnya turut menyokongnya dan akan berkahwin apabila perniagaanya berjalan dengan lancar.

“Dia sokong apa yang saya sedang usahakan ini dan akan berkahwin apabila keadaan stabil,” ujarnya.

Sementara itu, berhubung dengan kariernya pula, Nubhan bakal mengeluarkan albumnya tidak lama lagi yang berjudul ‘Romantika’ dan sekarang ini singlenya yang terbaru berjudul ‘Kisah Kasih’ sedang diputarkan di radio-radio tempatan. Walaubagaimanapun, karier lakonannya dihentikan seketika untuk memberikan tumpuan pada bisnesnya ini.

“Album akan keluar hujung tahun ini berjudul ‘Romancinta’ dan sekarang ini single saya yang terbaru ‘Kisah Kasih’,”tambahnya mengakhiri perbualan
0 Kaki Cili Padi "Nubhan Bakal Jutawan Muda, Kegagalan Ajar Erti Tidak Putus Asa"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info