Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah

Tahniah kepada penyanyi dan juga pelakon, Lufya Omar kerana kini telah mengambil keputusan untuk bertudung litup pada 2 Februari lalu, juga pada hari lahirnya yang ke 30.



Menurut Lufya, niat untuk berhijrah tersebut memang sudah terdetik setiap tahun namun ketika itu dia terlalu memikirkan mengenai kerjaya dan juga komitmen.

“Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung”

“Perasaan itu didorong dengan rasa takut dengan kebarangkalian serta kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi ibu saya selalu berpesan, rezeki Tuhan itu luas. Malah bertahun-tahun pesanan itu dititipkannya,” jelas Lufya.

Selian itu, antara perkara yang menemukannya untuk berhijab adalah apabila dia jatuh sakit dan ketika saat tersebut, Lufya banyak bermuhasabah diri.

Sehubungan dengan hijrahnya itu, Lufya juga mengakui sudah mula mengurangkan menerima tawaran berlakon dan jika ada pun, cukup sekadar menerima watak yang tidak bersentuhan dan bersesuaian dengan perubahan kini.
0 Kaki Cili Padi "Mula Bertudung Pada Hari Lahir, Lufya Nekad Berhijrah"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info