Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

MLM Pencil :: Dipedajal Kawan

Assalamualaikum hi guys. Hari ini sebenarnya aku ponteng kelas. Ini semua pasal semalam . Rasa sakit hati and marah itu masih ada lagi dalam diri aku. Ini semua gara2 kawan aku yang menipu. Pada awalnya dia beritahu aku, yang kawan abang aku nak jumpa. Bila aku tanya kenapa, dia tak kata tak tahu.

Sebenarnya aku tak tahu pun siapa member abang aku. yang aku kenal pun beberapa orang jer. itu pun sebab member abang aku ini tolong punggah barang masa pindah damansara damai.



So aku naiklah kereta member abang aku ini sampai serdang. Dia berhentikan kereta dekat depan kedai mamak. Masa melangkah masuk kedai mamak banyak gila member2 tah mana datangnya. Aku dengan member aku duduk meja depan. Kawan abang nama tah, aku lupa tanya pasal aku, hidup aku macam mana. Dia kata dia boleh ubah keluarga dapat duit dengan mudah. Aku tanya dia bisnes apa? dia kata nanti dulu. Nanti ada orang kenalkan.

Memang benar and tepat datang member muka macam bodoh-bodoh bak kata kawan abang aku ini. Dia ceritalah pasal hidup dia yang mula berubah setelah join Pencil.my. Apa kebenda Pencil.my ini? Lepas terang dan terang produk dia jalankan lebih kepada mencari orang bawahan. Macam MLM. ada kaki kiri kaki kanan dan sebagainya.

Brader itu ada tanya aku, nak join tak? so aku jawaplah bagi aku fikir dulu. Yelah modal RM600, sape nak pecayakan??

Tak berjaya nak ajak aku, kawan abang aku ini psiko aku pulak. Dia bagi persoalan pasal duit banyak masa belajar. Boleh bagi ibubapa duit. Memandangkan aku seorang kau ingat aku senang2 nak terus pecaya?? kau silap wey.

Lepas itu datang lagi sorang, cerita lagi pasal pencil ini tak juga berjaya pujuk aku. datang lagi sorang. Dia kata dulu dia mat rempit, sekarang tak lagi. Lepas itu datang lagi seorang member yang aku kenal sangat dekat KPTM Bangi. Aku kenal dengan nama panggilan dia Kecik. Dia ceritalah dekat kolej boleh duduk berborak dengan kecik, tapi dekat sini susah gila2 nak duduk dengan kecik. Ahh aku tak boleh bla, aku bangun dan cakap aku tak berminat. Selepas itu aku bla.

Then member aku dok pujuk2 aku suruh balik. Aku memang tak boleh bla sebab dia tipu aku. Kalau Ya pun nak ajak aku join benda alah itu bagitahu akulah. Kau buangkan masa aku sampai pukul 12 pagi disebabkan bisnes ini. Sorrylah aku  memang tak pecaya pasal duit senang terus masuk. cari kaki dah sebagainya.

Kenapa dia ajak aku padahal dia dah senaraikan 20 kawan dia yang nak join benda alah ini? nape tak ajak roomate dia? Kenapa kena ajak aku dulu?? Yang aku tahu, kawan aku ini dah kasi modal. okey aku tengok dapat ke tak duit yang kau dah labur itu.
0 Kaki Cili Padi "MLM Pencil :: Dipedajal Kawan"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info