Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Mengapa wanita yang dipersalahkan dalam kes rogol?



Pemikiran cauvinis dalam era Malaysia moden itu adalah menyedihkan, dan ini adalah apa yang difikirkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas pegawainya menyalahkan wanita kerana memprovokasi lelaki di atas serangan seks yang dilakukan ke atas mereka.

Dalam sebuah khutbah baru-baru ini, Jais menggesa wanita Islam untuk menutup badan mereka dari mata keranjang lelaki untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol, zina dan sumbang mahram.

Bukankah ini menghairankan? Sebagaimana aktivis wanita dan ahli parlimen DAP Pulau Pinang, Chong Eng mengkritik Jais, saya juga mengkritik Jais atas pemikiran cetek itu.

Cara berpakaian seseorang wanita bukan merupakan faktor yang menyumbang kepada risiko yang dia akan diperkosa. Kejadian rogol dan pembunuhan kejam Noor Suzally Mokhtar, seorang wanita muda berpakaian sopan dan bertudung pada tahun 2000, menjadi peringatan bahawa bukan cara berpakaian yang menjadikan anda mangsa rogol.

Sebaliknya ia adalah disebabkan kegelapan minda pelakunya, yang merogol atau mengganggu secara seksual mangsa yang lemah.

Pada tahun 2013, ahli parlimen PAS Siti Zailah Mohd Yusoff yang berkata bahaya wanita hanya boleh mempersalahkan diri sendiri kerana menjadi mangsa jenayah seksual, mencadangkan satu "kod pemakaian" dilaksanakan bagi wanita Islam.

Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS, menerima tindak balas disebabkan ‘tweet’ beliau daripada beberapa ahli parlimen wanita termasuk Ahli Parlimen DAP-Kulai, Teo Nie Ching yang menulis: "Idea menggunakan kod pakaian untuk menyelesaikan kejadian rogol bukan sahaja menghina wanita, tetapi juga menghina lelaki.”

Teo mungkin dari segi bahawa apa-apa kod pakaian adalah satu penghinaan kepada kaum lelaki. Ini menunjukkan bahawa lelaki tidak boleh dijinakkan untuk mengawal dorongan seksual mereka, dan sebuah kod pakaian diperlukan untuk menghalang mereka daripada melakukan jenayah seksual.

Walau bagaimanapun, faktor yang menyumbang kepada seorang wanita dirogol tidak boleh diwajarkan dengan cara dia berpakaian.

Wanita mempunyai kehendak bebas untuk berpakaian dalam apa jua cara yang mereka mahu, selagi mereka berpakaian dengan sesuai.

Mengapakah wanita yang disalahkan apabila mereka diserang secara seksual! Adakah kita mengatakan bahawa seseorang lelaki tidak harus berasa bersalah kerana merogol seorang wanita?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Mengapa-wanita-yang-dipersalahkan-dalam-kes-rogol#sthash.LKM2shg8.HBwcWSs2.dpuf
0 Kaki Cili Padi "Mengapa wanita yang dipersalahkan dalam kes rogol?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info