Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Mamat Khalid Kecewa, Zizan Dan Emma Mungkir Janji

Tidak mahu berselindung dengan perasaan yang dialaminya kini, pengarah filem terkenal, Mamat Khalid mengakui dia berasa kecewa kerana pelakon Werewolf Dari Bangladesh iaitu Zizan Razak dan juga Emma Maembong tidak hadir pada hari tayangan perdana.

“Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan”

“Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini,” kata Mamat Khalid ringkas.

Mamat berkata, dia baru dimaklumkan pihak produksi mengenai ketidak hadiran pelakon itu pada acara tayangan berkenaan.

“Apapun, saya juga pernah berbicara dengan Zizan di aplikasi Whatsapp untuk dia membantu sedikit sebayak promosi bagi filem ini. Antaranya, saya ada menghantar bahan untuk promosi filem seperti poster dan laman web video klip untuk Zizan bantu promosikan di laman sosialnya,” katanya.

Menurut Mamat , apa yang pasti dia melihat situasi industri perfileman dulu dan sekarang jauh berbeza.

“Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing”

“Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka”

” Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini. Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka,” katanya.
0 Kaki Cili Padi "Mamat Khalid Kecewa, Zizan Dan Emma Mungkir Janji"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info