Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Makanan Kenduri Habis, Yana Samsudin Mohon Maaf

Oleh kerana jumlah yang hadir pada majlis persandingan melebihi jemputan, Yana Samsudin memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputannya yang tidak dapat menikmati makanan kerana kehabisan pada hari resepsi persandingannya pada 14 Februari lalu.


“Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

“Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Kami tambah lagi 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang”

“Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi,” ujarnya menerangkan situasi majlis persandingannya yang diadakan di Dataran Gemilang, Yong Peng Johor.

Selain itu, Yana juga memohon maaf kerana tempat duduk VVIP turut dirempuh akibat
keadaan yang tidak terkawal dan juga jumlah jemputan yang ramai.

Majlis pun sudah selesai, kenduri pun sudah habis. Kami rasakan, peminat pun faham situasi pada hari tersebut. Bukankah ini bukti jelas bahawa Yana disayangi peminat
0 Kaki Cili Padi "Makanan Kenduri Habis, Yana Samsudin Mohon Maaf"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info