Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Luahan Hati 2 Jururawat Mengenai Isu Tukar Pampers Pesakit



Isu mengenai SOP jururawat yang dibangkitkan oleh dua pengguna Facebook telah menimbulkan kekecohan sejak semalam. 


Perkara itu mendapat perhatian dari mereka yang bertugas sebagai jururawat. Dua jururawat tampil menjelaskan dan meluahkan apa yang terbuku di hati mereka apabila dituduh tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai jururawat di Hospital Kerajaan.

1. Anak Sendiri Tak Nak Bersihkan Najis Ibu Sendiri

Hari ini, kecoh di group WhatsApp mengenai hal ini. Nasiblah menjadi misi. Cuma kesian pada ibu dan bapa mereka ini. Anak sendiri tak nak bersihkan najis ibu mereka. Tapi duk mengaibkan misi yang duk tukar pampers dan cebokkan mereka.

Anak sendiri? 

Tak nak buat. Boleh rakam gambar dan viralkan. 

Tugas jururawat adalah tugas profesional. Kita dilatih selama tiga tahun untuk memberikan perawatan kepada pesakit. 

Tukar lampin, cebokkan, mandikan, tukar alas itu semua memang kita boleh buat. Tetapi itu bukan tugas hakiki jururawat, atas sebab sifat empaty kita sesama manusia, sesama insan (kita buat juga).

Anda pula sebagai anak sanggup tengok sahaja. Datang melawat sekadar nak aibkan kami. Ambil gambar, tapi pampers mak sendiri suruh salinkan. Anda darah daging sendiri tak mampu nak menjaga. Mengharapkan kami yang tiada pertalian darah.

Sedekah Al Fatihah kat mereka berdua ini. Semoga Allah beri mereka petunjuk. - Intan Shafina


2. Basuh Berak, Basuh Kencing, Tukar Pampers, Tiada Dalam SOP

Dalam SOP nurse tiada basuh berak, basuh kencing dan tukar pampers tuan tuan puan puan oi. 

Itu mak ayah korang, kenapa geli sangat nak basuhkan? Najis sangat ke mak ayah korang? Nurse ni cuma membantu. MEMBANTU! 

Ingat kerja nurse cuci benda alah tu je ke?

Dari kecil mak ayah korang jaga korang, berak, kencing, muntah, mandi, semua diorang buat tak kira geli ke geleman ke sebab sayang anak. 

Tak sayang mak ayah ke?

Nyawa tu satu je tuan puan oi. Nurse tu banyak nyawa nak jaga. Takkan korang ade mak ayah korang yang satu tu pun susah nak jaga?

Jangan caci dan hina kerja seseorang itu. Biarlah gaji banyak mana sikit mana tinggi mana pangkat kita ni, jangan sesekali lupa jasa mak ayah. Ini mak ayah sakit, sikit-sikit hospital, sikit-sikit suruh nurse dengan doktor jaga. Korang ingat nurse takde mak ayah ke nak kena jaga? Jadi kuli batak korang setiap masa?

Kalau rasa diri tu dah bagus about taking care your parents, why not you alls jaga sendiri? So tak payah menyalak komplen sana komplen sini. Nak pegang najis mak ayah sendiri pun jijik. Ada hati nak hina kerja nurse.

0 Kaki Cili Padi "Luahan Hati 2 Jururawat Mengenai Isu Tukar Pampers Pesakit"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info