Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Logik Tak Kursus Kahwin Sepatutnya PERCUMA?


Logik Tak Kursus Kahwin Sepatutnya PERCUMA? | Saya fikir ada bagusnya jika kursus perkahwinan ini dibuat secara percuma untuk bakal-bakal pengantin, serta calon suami isteri. Setidaknya ia akan meringankan beban para bakal pengantin ini untuk melaksana salah satu tuntutan agama.

Logik Tak Kursus Kahwin Sepatutnya PERCUMA?

Apa pandangan anda? Saya fikir ada bagusnya jika kursus perkahwinan ini dibuat secara percuma untuk bakal-bakal pengantin, serta calon suami isteri. Setidaknya ia akan meringankan beban para bakal pengantin ini untuk melaksana salah satu tuntutan agama.

Baru-baru ini, ramai yang berpendapat bahawa adalah tidak wajar pihak JAWI menaikkan kos kursus praperkahwinan Islam dengan alasan peningkatan kos sara hidup semasa.

Dimaklumkan akan dinaikkan mulai Februari 2015 dengan kadar RM120.00 tidak termasuk sijil kursus yang dinaikkan dari RM5 menjadi RM10.

Tidak Setuju Kaitkan Kos Kursus Naik dengan Banyaknya Kes Zina

Walaupun saya suka melihat kursus perkahwinan diberikan percuma, namun dari satu sudut saya sangat tidak bersetuju seandainya ada yang cuba menggunakan alasan bahawa kos kursus ini akan menyebabkan lebih banyak kes zina berlaku.

Adalah tidak wajar menjatuhkan sebab perkara tidak elok (zina) berlaku disebabkan oleh perkara elok (kursus perkahwinan).

Rumahtangga kekal bukan disebabkan hadir kursus perkahwinan atau tidak. Kursus perkahwinan tidak janjikan rumahtangga bahagia tetapi setidaknya orang yang hadir ke kursus ini sudah faham mengenai konsep keluarga dalam Islam.

Dakwah itu secara langsung telah berlaku walaupun hakikatnya ianya dipaksa dengan syarat wajib dan dikenakan bayaran.


Fikirkan. Banyak mana masa kita semua luangkan untuk ketahui dan pelajari mengenai ilmu kekeluargaan Islam ini? Jika langsung tiada inisiatif seperti kursus ini, maka mungkin ramai yang tidak akan tahu walaupun ia hanyalah bab asas dan percuma.


Pandangan dan Komen Peribadi Mengenai Kos Kursus Perkahwinan









Niatkan diri ikhlas nak dirikan rumahtangga kerana Allah S.W.T, in Sha Allah .. isu naik harga kos kursus bukan satu halangan pun sebab ia benda baik. Percayalah. Dan percayalah juga bahawa Allah S.W.T akan uji keikhlasan kita sepertimana saya diuji tersilap rumah semasa akad nikah, dan diuji majlis akan dirosakkan.


sumber
0 Kaki Cili Padi "Logik Tak Kursus Kahwin Sepatutnya PERCUMA?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info