Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Lisa Surihani Hilang Adik Kembar



HANYA seorang ibu lebih kenal anaknya sendiri. Apa lagi yang hendak didebatkan kerana ibu juga yang melahirkan kita ke dunia dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

Bagi Siti Amira Ahmad, hanya dia yang lebih tahu luar dan dalam anaknya, Lisa Surihani.
Sebelum bercerita lebih jauh, harus dinyatakan bahawa kecantikan Lisa itu sendiri diwarisi daripada Siti Amira kerana pada usia 62 tahun pun, dia masih kelihatan manis.

Siti Amira memulakan bicara bersama penulis de­ngan menceritakan kisah lama yang ada di antaranya memang tidak pernah didedahkan dalam mana-mana wawancara sebelum ini.


“Ketika doktor memaklumkan yang Aunty akan menimang cahaya mata perempuan, Aunty dan arwah Uncle sangat-sangat seronok. Ini kerana tiga adik-beradik Lisa yang atas, semuanya lelaki.


“Alhamdulillah akhirnya termakbul juga impian Aunty mahukan anak perempuan. Apa yang mengejutkan, doktor mengesahkan kandungan Aunty adalah kembar kerana ada dua kantung. Bagaimanapun, kantung di bahagian bawah sekali akhirnya gugur.

“Awalnya Aunty ingatkan akan kehilangan kedua-duanya sekali. Mujurlah kantung yang satu lagi ‘survived’ dan itulah dia Lisa Surihani.

“Lisa selamat dilahirkan pada pagi pada 23 Mac 1986. Kalau yang seorang lagi itu hidup, pastinya Lisa ada pasangan kembar.

“Rasa ralat juga yang seorang itu meninggal dunia. Apapun, Aunty kena reda dan kehadiran Lisa itu melengkapkan hidup Aunty,” kata Siti Amira.

Beliau berkata ketika lahir, berat Lisa adalah 8.8 paun. Bercerita mengenai pilihan nama Lisa Surihani pula, ‘Surihani’ adalah nama yang diberikan arwah suaminya, Mohamed Mahbob manakala Lisa adalah pilihannya sendiri.

“Arwah suami saya menamakan Surihani itu selepas dia hadir pada sebuah majlis dan terjumpa seseorang yang bernama Surihani. Gadis itu kata arwah suami saya punya tingkah laku yang sopan dan manis orangnya.

“Pulang saja ke rumah, arwah suami saya cakap dia suka nama Surihani,” ujarnya.
Menurut Siti Amira lagi, Lisa sewaktu kecil seorang yang sangat aktif dan suka tersenyum. Namun, ketika tadika dia agak pendiam.

“Di sekolah dia agak pendiam, tapi kalau di rumah kita boleh rasa kehadirannya kerana dia memang suka bergurau,” katanya.

Bicara Siti Amira, Lisa melangkah ke alam persekolahan rendah ketika berusia enam tahun iaitu setahun lebih awal daripada kanak-kanak lain.

“Anak Aunty yang ketiga iaitu abang atas Lisa ada masalah ‘slow speech’ dan kerana bimbang akan keterbatasan komunikasinya, saya dan suami mengambil keputusan untuk tempatkan dia dan Lisa di sekolah yang sama iaitu Sri Inai, Ampang, supaya Lisa boleh tengok-te­ngokkan abangnya.

“Memandangkan sekolah itu sekolah persendirian dan berbayar, pihak sekolah sedia menerima Lisa belajar di situ . Setiap kali dia dengar abangnya dibuli, dia akan melindungi dan pertahankan abangnya,” kata Siti Amira.

Di sekolah itu, Lisa mula aktif. Apatah lagi pihak pengurusan sekolah sendiri menetapkan setiap pelajar perlu me­ngambil bahagian dalam acara kokurikulum. Jika tidak dalam sukan, mereka wajib terbabit dalam persembahan konsert sekolah.
“Lisa adalah bekas atlit balapan di sekolahnya dan suka acara lompat jauh.

Pembabitan dalam persembahan pentas pula, dia selalunya memegang watak utama.
“Ketika perhimpunan walaupun pelajar ha­nya diberikan lima minit untuk memberi ucapan, dia akan pastikan buat bersungguh-sungguh dengan melakukan latihan.

Di luar masa sekolah, Lisa juga pernah mengikuti kelas ballet dan piano,” katanya.


0 Kaki Cili Padi "Lisa Surihani Hilang Adik Kembar"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info