Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Leader MLM Berteriak Mempromosi MLM Guna BMW M5 Sebagai Umpan



Hairan juga SK menonton video ini pada awalnya kerana tidak tahu apa yang diperkatakan oleh seorang individu yang bergitu bersemangat melaungkan kata-kata serta diiringin dengan sahutan sokongan oleh orang sekeliling.

Bagaimanapun menurut apa yang diperkatakan boleh jadi ini adalah satu promosi program Multi Level Marketing (MLM). Kalau benarlah maka tidak hairan dia begitu bersemangan sekali malah boleh memiliki kereta mewah BMW jenis M5.

Multi Level Marketing adalah seperti yang kita semua sedia maklum, ia sering dikaitkan dengan kemewahan, kekayaan dan kesenangan dalam masa yang singkat dan tidak lupa juga dengan mereka yang alami kerugian bukan seringgit dua malah ada yang beribu-beribu.

Hanya kerana MLM kadang-kadang sampai boleh putus persahabatan gara-gara rasa diri tertipu.

Bagaimanapun tidak dinafikan mereka yang berjaya dalam bidang MLM ini dan mengaut keuntungan berlipat ganda setelah berjaya mencari ramai downline. Pekdek kata kalau rajin dan pandai berkata-kata dengan janji-janji yang manis adalah harapan.

Apa-apa pun tonton video ini dan anda nilaikan sendiri.
0 Kaki Cili Padi "Leader MLM Berteriak Mempromosi MLM Guna BMW M5 Sebagai Umpan"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info