Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Lasagna Mudah Dan Sedap



Nah, uolss tak dalam tempoh pantang. Untungglaahhh boleh pelahap. hewhew. Iols dengki sangat. T_T . Mula2 ingat nak taram je makan tapi nanti badan sakit2 esok tua kalau tak jaga. Ok lah, taknak merintih lagi. Silakan. Haritu my sister buat lasagna ni. Selalu dia buat pun. So I share with uols. Sila sila. Untung ada ahkak iols yang pandai dan suka masak. hewhew. Credit to her. Ni dia lah yang buatnya nih. hiks

Lasagna ni nampak je canggih, kat kedai jual mahal tapi nak buat senang je. hewhewww.

( As the recipe ni macam banyak steps sikit, I make it simple and straight forward ok. sonang)

Untuk 10 orang makan...


ini bukan tabung uji kaji makmal sains. T_T


Basically lasagna ni ada layer2 ok. Mula dengan kulit lasagne, bolognaise sauce, kulit lasagne, béchamel sos,kulit lasagne, bolognaise sos, kulit lasagne, béchamel sos, cheese cheddar . So apa yang anda perlu sediakan dulu is bolognaise sos and bechamel sos tu. 

Bahan-bahan  diperlukan
4 kotak lasagne
24 keping cheese cheddar
Fresh herbs - thyme


Bahan Untuk buat Bechamel Sauce
I liter susu kotak fresh milk @ full cream
1 biji bawang besar
5 helai bayleaf
2 biji bunga cengkih

Agen pemekat
½ butter
6 sudu besar tepung gandum / boleh ganti tepung jagung bersama sedikit air

Step siapkan Bechamel sauce
1. Rebus semua sekali hingga mendidih
2. Masuk agen pemekat, gaul hingga pekat sedikit
3. Tutup api




Bahan Untuk Bolognaise Sauce





3 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih

(3 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih tu blend kan bersama okeh )

2 kg daging cincang
1 tin button mushroom ( potong hiris2 nipis mushroom button itu  hewhew)
2 tin tomato puree
1 botol sos tomato
3 sudu besar Minyak masak
500 ml air
5 sudu besar mixed herbs
Garam,gula,lada hitam,lada putih secukupnya


Step siapkan bolognaise sauce...
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang telah diblendkan hingga naik bau
2. Masukkan daging cincang, tumis hingga masak
3. Masukkan tomato puree, gaul sehingga sebati, Tunggu 2 minit
4. Masukkan ¾ tomato sos, gaul lagi
5. Masukkan air, gaul sehingga sebati. Biarkan ia mendidih sebentar
6. Masukkan garam, gula, lada putih, lada hitam dan herba. Tunggu selama seminit



Langkah-langkah menyusun layer lasagna
1. Letakkan kulit lasagne, bolognaise sauce, kulit lasagne, béchamel sos,kulit lasagne, bolognaise sos, kulit lasagne, béchamel sos, cheese cheddar

Camnih hah susunan dia...


Lepas habis susun..ni hasilnyaaa..



2. Bakar selama 20 minit, 180 celcius

*Kalau nak lagi berlemak, letakkan cheese di setiap lapisan hewhew

SUMBER
0 Kaki Cili Padi "Lasagna Mudah Dan Sedap "

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info