Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Lagi Peniaga Bumiputera Di Halau Dari Suria KLCC



Putrajaya: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mahu bertemu pihak pengurusan tertinggi Suria KLCC berhubung sebuah premis jenama terkemuka Malaysia, BritishIndia dipaksa keluar dari premis pusat beli-belah terkemuka itu.

Hasan ketika dihubungi berkata, beliau turut dukacita dengan pengendali pusat beli-belah berkenaan memandangkan perkara itu sudah dibangkitkan kepadanya awal pertengahan tahun lalu.
Menurutnya, tindakan memaksa BritishIndia keluar dari pusat beli-belah itu adalah bertentangan dengan usaha kementeriannya dalam usaha mempromosi jenama tempatan di negara ini.

"Ia amat mengecewakan dan sebab itu, saya mahu pihak pengurusan tertinggi KLCC memberikan penjelasan sebenar.

"Malah, saya juga mahu bertemu mereka di pejabat saya pada Isnin atau Selasa depan selepas cuti Tahun Baru Cina," katanya, hari ini.

Baru-baru ini, BritishIndia (Asia) Sdn Bhd (BritishIndia) memfailkan saman terhadap pengurusan pusat beli-belah Suria KLCC yang cuba mengeluarkan butik itu dari premisnya.

Pengasas BritishIndia, Pat Liew dilaporkan berkata, syarikatnya menyewa di Suria KLCC sejak 1998 dan diberi empat hari untuk menerima tawaran tanpa syarat sama ada untuk berpindah ke lokasi lain atau diletakkan ke tempat lain.

Dalam pada itu, Hasan berkata, beliau juga mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alias Ahmad, untuk melihat dan mengkaji peruntukan undang-undang yang ada bagi membolehkan kementerian itu mengambil tindakan jika pihak pengurusan pusat beli-belah itu mahu meneruskan tindakan pengusiran.

Katanya, beliau sudah mengemukakan masalah berkenaan dengan kakitangan pengurusan yang berjanji untuk mencari penyelesaian secara baik.

"Saya hanya bertemu dengan pegawai rendah yang membawa saya sekitar pusat beli-belah dalam kapasiti saya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan.
"Bagaimanapun, sekarang saya mahu melihat pengurusan tertinggi yang membuat keputusan," katanya.

Mengulas lanjut, Hasan turut bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin yang menegaskan Suria KLCC mesti memainkan peranan dalam promosi jenama tempatan tanpa terlalu taksub kepada jenama antarabangsa.


0 Kaki Cili Padi "Lagi Peniaga Bumiputera Di Halau Dari Suria KLCC"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info