Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kuih Butir Nangka.. Jom cuba!

 Salam readers, hari ni dyan nak share satu kuih tradisional yg mudah.. dyan dah pun cuba.. Gambar kat atas hasil air tgn sendiri.. Abaikan bentuk dia okay.. Butir nangka sbnrnya, rupa dia lonjong.. Tapi entah macam mana, terover dah jadi rupa puteri mandi.. Walaupun bentuk lain, tapi rs still sama.. hehe.. Lagi pun nak makan sendiri, kalau jual, takmau mcm tu okay.. Ape pun makan kuih butir nangka ni memang nikmat.. Lagi-lagi kalau dlm suasana kampung di petang hari yg permai.. Sapa yg dah tau, boleh buat lagi.. hehe.. Kpd sapa yg blm tau, jom tgk resepi kat bwh ni..

Bahan A
2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil pewarna hijau (perisa pandan)
sedikit air kapur
sedikit garam
air secukupnya

Bahan B (Kuah)
santan pekat
gula
sedikit garam
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu kecil halba

Cara Penyediaan
Masukkan bahan A ke dalam satu bekas dan uli tepung sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Bentukkan doh seperti bentuk gula-gula kemudian  masukkan doh tersebut ke dalam air mendidih. Bila dah timbul, angkat dan letak dlm bekas lain. Buatlah sampai habis doh tu.

Untuk kuah, masukkan semua bahan B kedalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga mendidih. Sentiasa kacau utk mengelakkan santan dan tepung gandum berketul. Kuantiti gula mengikut citarasa anda, kalau nak manis, isi lebih sikit.. Bila kuah sudah masak, Masukkan butir nangka ke dalam kuah. Sedia utk dihidang..

Resepi diatas adalah resepi nenek dyan, sbb tu takde sukatan.. Al maklumlah org dolu-dolu kn.. hehe.. Ape pun, selamat mencuba.

SUMBER
0 Kaki Cili Padi "Kuih Butir Nangka.. Jom cuba!"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info