Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kesan Love Byte Dari Rozita Che Wan Pada Zain



Nampaknya, pasangan bahagia ini tak pernah rasa fed up pun dengan kecaman orang ramai mengenai foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram mereka.

Jika dulu foto mereka dikatakan bercium di kota Paris menjadi sebutan, kali ini foto yang kami terima tengah malam semalam daripada followersnya kini mungkin juga bakal jadi sasaran.


Eh… jangan marah kami pula ya sebab buat headline sedemikian. Ayat itu memang kami copy paste bulat-bulat daripada Instagram Zain Saidin setelah kami sendiri melihat kesahihan foto tersebut.



Tapi, sebenarnya bukan lah love bite atau dalam bahasa melayunya ‘gigitan cinta’ yang 18sx itu ya. Ia hanyalah merupakan bekas rawatan bekam yang mungkin dilakukan sendiri oleh Rozita Che Wan terhadap suami kesayangannya itu.

Beruntunglah Zain kan. Walaupun kini sedang sarat mengandung anak pertamanya dengan Zain, Che Ta masih rajin nak buat bekam untuk suaminya itu. Agaknya anda rajin tak? Hehe.

Malah, apa yang lebih mencuit hati saya apabila membaca komen-komen peminat Zain yang entah bagaimana memberi fokus kepada longgokan bag berjenama atas almari. Aih la.. memang power betul mata masing-masing!

Saya pun tak perasan pada mulanya. Tapi, biasalah kan. Orang ada banyak duit, sudah tentu akan melabur untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.

Apapun, seronok sebenarnya lihat kasih sayang erat yang terjalin antara Che Ta dengan Zain ini. Barulah forever and ever in love kan?
0 Kaki Cili Padi "Kesan Love Byte Dari Rozita Che Wan Pada Zain"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info