Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kerana Mandi Buih, Azwan Ali Kata Jaafar Onn Bapok Tua Tak Sedar Diri


azwan ali jaafar onn
Pengacara sensasi Azwan Ali menerusi akaun Twitternya pada Isnin telah memuat naik beberapa keping foto pelakon Jaafar Onn sedang mandi buih.

Menurut sumber yang mengirimkan foto-foto Azwan ‘menyerang’ Jaafar kepada Astro Gempak semalam, Azwan pada mulanya dilihat memuat naik tiga keping foto Jaafar di akaun twitternya namun telah memadam dua daripadanya.

Aksi Jaafar sedang mandi buih itu dianggap sebagai ‘bap*ok tua tidak sedar diri’ oleh Azwan.

Selain itu Azwan turut mendakwa Jaafar sebagai kaki bomoh selain mengatakan aksi mandi buih tersebut sebagai sesuatu yang menjijikkan.

Pengacara bermulut laser ini turut memaki pelakon sitcom Cili Padi itu dengan gelaran ‘anjing dan jahanam’.

Bagaimanapun gambar tersebut telah dipadam oleh Azwan Ali tidak lama kemudian.

Sejauh mana kebenaran berita yang diberi sumber kepada Astro Gempak, sama-samalah kita nantikan jawapan daripada Azwan atau Jaafar nanti ya!

Sumber turut memberitahu Azwan sebelum ini ada mendedahkan secara terbuka pernah disihir oleh seorang selebriti ‘lembut’ yang namanya bermula dengan huruf ‘J’ di laman Instagramnya.

Berani sungguh Azwan mendakwa Jaafar telah menghantar sihir kepadanya ya…Apa pula tujuan Azwan meletakkan foto mandi buih Jaafar itu?

Bukannya apa, setahu kami gambar ‘mandi buih’ tersebut telah wudud di akaun Instagram sejak Mac tahun lalu.

Namun, mengenali individu bernama Azwan Ali, takkanlah dia tergamak mahu menyerang Jaafar secara tiba-tiba dan tanpa sebab dengan memuat naik semula foto lama tukang masak dan pelakon tersebut, iya tak?

azwan ali
0 Kaki Cili Padi "Kerana Mandi Buih, Azwan Ali Kata Jaafar Onn Bapok Tua Tak Sedar Diri"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info