Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kenapakah Kita WAJIB Matikan Handphone Dalam Flight? Ini Adalah Sebab-sebabnya. WAJIB TAHU!


Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini begitu remeh sehingga ramai yang tidak mengendahkannya.

Sekarang mengaku, ramai diantara anda yang tidak mematikan telefon bimbit di dalam penerbangan bukan?


Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu. Hampir satu pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengguna Elektronik.

Persoalannya, mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik menjatuhkan kapal terbang? Berikut adalah penjelasannya.

Dalam sejarah penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan kapal terbang.


Selama ini, tidak pernah ada lagi kes dimana gangguan elektromagnetik daripada peranti elektronik mudah alih berjaya menjatuhkan sebuah kapal terbang komersial atau menjadi punca dalam kemalangan.

Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny Kirchoff berkata, "Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu tidak menjadi satu masalah."

"Namun begitu, alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi."

"Satu masalah kecil yang disebabkan oleh peranti elektronik boleh mengalihkan perhatian juruterbang, pada masa yang sama mengurangkan tahap keselamatan kapal terbang dan menjejaskan keselesaan para penumpang di dalamnya," jelasnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini


Juruterbang sebelum ini telah melaporkan beberapa kes gangguan yang berpunca daripada peranti elektronik.

Dari tahun 2003 hingga 2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi setiap 283,300 penerbangan.

Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti autopilot) dan sistem amaran.

Jadi, adakah gangguan ini benar-benar merbahaya?


Telefon bimbit tidak semestinya melumpuhkan radio juruterbang atau memutarbelitkan sistem dalam kapal terbang sehingga menyebabkan bencana. Senario itu dianggap tidak mungkin.

Tetapi pegawai-pegawai keselamatan bimbang bahawa peranti elektronik mudah alih boleh menyumbang kepada kemalangan.

Apa sebabnya?

Satu eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.

Kemudian, keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.

Di sini, anda dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang dijangkakan.

Semakin hari peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih.


Hari ini, pengguna kapal terbang dilengkapi dengan telefon pintar dan tablet, WiFi dan e-book, teknologi Bluetooth dan macam-macam lagi fungsi.

Sementara itu, sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih. Pesawat moden masa kini dibina dengan peranti elektronik mudah alih dalam fikiran. Kapal terbang baru adalah lebih "kebal" berhadapan dengan gangguan elektromagnet, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna masa depan.

Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi perlindungan kepada gangguan elektromagnetik - gangguan yang melibatkan litar elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang dipancarkan oleh sumber luar.

Satu lagi hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem pesawat secara keseluruhan.

Teknologi mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah.

Nasihat kami, untuk memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. -  Says.com, Original Article

0 Kaki Cili Padi "Kenapakah Kita WAJIB Matikan Handphone Dalam Flight? Ini Adalah Sebab-sebabnya. WAJIB TAHU!"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info