Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Keluarga Tuan Guru Nik Aziz Rayu Orang Ramai Pulangkan Barang Pengebumian



KOTA BHARU: Keluarga mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu kepada orang ramai yang telah ternampak atau terambil barang-barang semasa pengebumian hari itu supaya memulangkan semula barang-barang tersebut.

Barang-barang yang dimaksudkan adalah selimut putih, kain hitam penutup keranda, toto (tilam nipis) merah kuning dan bantal.

Rayuan ini di sampaikan melalui akaun Facebook oleh anak perempuan Allahyarham, Nik Asma’ Salsabila Nik Aziz.


Menurutnya barang-barang tersebut adalah kepunyaan ayahnya maka ia adalah satu pusaka dari dari Tok Guru.

“Kami semua setuju ianya adalah bahagian bonda kami, orang yang paling dicintai ayahanda selepas kedua ibu bapanya.

“Setiap masa bonda bertanya jika barang-barang tersebut sudah dijumpai.

“Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat Tok Guru, ketahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa keizinan tuan empunya. Mohon dipulangkan,” kata Nik Asma. -
0 Kaki Cili Padi "Keluarga Tuan Guru Nik Aziz Rayu Orang Ramai Pulangkan Barang Pengebumian"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info