Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Johan Rampas Gelaran Top Top Meletop #AME2015 Milik Zizan Razak



Jika tahun lalu, Zizan Razak berjaya mengungguli Anugerah Meletop 2014, namun untuk Anugerah Meletop 2015, sahabat baiknya, Johan telah dinobatkan sebagai Top Top Meletop 2015 (lelaki).

Berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi, Johan telah berjaya menggondol 3 anugerah iaitu Artis Lawak Meletop, Penyampai Radio Meletop, dan Program Radio Meletop (JoHaRa Pagi Era).


AME 2015 memperlihatkan sebanyak 16 kategori serta dua kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP( Wanita).

Pemenang bagi kesemua 18 kategori tersebut membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang:

1. Drama TV Meletop – Bukan Kerana Aku Tak Cinta

2. Artis Lawak Meletop – Johan

3. Hos TV Meletop – Datuk AC Mizal

4. Pelakon TV Meletop – Zul Ariffin

5. Program TV Meletop – Maharaja Lawak Mega 2013

6. Lagu Meletop – Mewangi – Akim & The Majistret

7. Penyanyi Meletop – Datuk Siti Nurhaliza

8. Grup Duo Meletop – Akim & The Majistret

9. Penyampai Radio Meletop – Johan

10. Program Radio Meletop – JoHaRa Pagi Era

11. Filem Meletop – Abang Long Fadil

12. Bintang Filem Meletop – Nelydia Senrose

13. Fesyen Meletop – Fazura

14. Artis Baharu Meletop – Ayda Jebat

15. Bintang Online Meletop – Datuk Siti Nurhaliza

16. Couple Meletop – Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

17. Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) - Johan

18. Anugerah Top Top Meletop (Wanita) – Ayda Jebat
0 Kaki Cili Padi "Johan Rampas Gelaran Top Top Meletop #AME2015 Milik Zizan Razak"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info