Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Janin dalam perut tunjuk isyarat bagus




Manchester: Sepasang suami isteri di sini terkejut selepas anak mereka yang masih dalam kandungan dirakam menunjukkan isyarat bagus ketika pemeriksaan ultrabunyi.

Pasangan berkenaan, Paul Schofield, 31, dan isterinya Cheryl Stevenson, 32, membuat pemeriksaan rutin di Hospital Saint Mary di sini baru-baru ini.

Schofield dan Cheryl serta beberapa jururawat di hospital berkenaan terkejut serta ketawa selepas melihat imej janin itu.

Jururawat yang menjalankan pemeriksaan ultrabunyi itu memberitahu bahawa, mereka tidak pernah melihat bayi yang masih dalam kandungan menunjukkan isyarat bagus begitu jelas.

“Jururawat itu berkata, mereka pernah melihat bayi yang masih dalam kandungan menunjukkan isyarat tangan, tetapi tiada yang sejelas ini.

“Dia membawa kebahagiaan dalam hidup kami,” kata Schofield.

Dalam pemeriksaan itu pasangan berkenaan dapat mengesahkan anak yang dikandung Cheryl lelaki.

Pasangan berkenaan sudah bersama selama lima tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan.

“Ini sangat menakjubkan dan ramai yang bertanya adakah gambar anak kami ini tulen.

“Bagi kami ini gambar yang sangat berharga dan kelihatan bayi kami sangat bahagia dalam rahim sehingga menunjukkan isyarat bagus,” ujar Cheryl.

Menurut pasangan berkenaan, mereka masih belum memutuskan nama untuk anak mereka itu. - Agensi
0 Kaki Cili Padi "Janin dalam perut tunjuk isyarat bagus"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info