Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Jaafar Onn Minta Azwan Ali Bertaubat



Ahad lalu menerusi program Melodi, Azwan Hj. Ali mendedahkan yang beliau telah disihir oleh seorang artis veteran berperwatakan lembut dengan nama J dan pada keesokan harinya Azwan Ali memuatnaik beberapa keping gambar Jaafar Onn dengan kata kata kurang enak.

Tanpa menyebut nama Azwan Hj. Ali dalam satu temubual bersama mStar Online, Jaafar Onn telah menggesa selebriti penuh kontroversi itu untuk insaf dengan perbuatannya kerana ianya telah mencerminkan kelemahan diri sendiri.

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ulas Jaafar Onn berkenaan kata kata kesat seperti bapuk tua dan anjing yang ditujukan kepadanya oleh Azwan Ali di Instagram.

Jaafar Onn juga menjawab tuduhan yang beliau telah menyihir Azwan Ali dengan berkata mereka berdua sudah lama tidak berurusan dan tiada sebab untuk dirinya untuk melakukan sihir.

“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” tambah Jaafar Onn lagi menafikan dakwaan Azwan Ali.
0 Kaki Cili Padi "Jaafar Onn Minta Azwan Ali Bertaubat"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info