Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Ibu Tunggal Maut Ditanduk Kerbau



Seorang ibu tunggal yang sedang menoreh getah di Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, di sini, maut apabila dia ditanduk seekor kerbau betina dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Rosnani Wahid, 46, dikatakan cuba menghalau haiwan tersebut daripada kebun getahnya kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.

Seorang saksi berkata, apabila mangsa menghampiri haiwan tersebut, kerbau berkenaan bertindak liar dengan menanduknya di perut sehingga jatuh ke tanah.

"Kerbau tersebut kemudiannua terus menanduk mangsa yang terjatuh sehingga menyebabkan dia mendapat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu menyelamatkan mangsa tetapi malangnya wanita itu sudah meninggal dunia dengan keadaan berlumuran darah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden M Anuar Ismail mengesahkan kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.
0 Kaki Cili Padi "Ibu Tunggal Maut Ditanduk Kerbau"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info