Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Ibrahim Ali sedia bertanding guna tiket BN

ibrahim-ali-aug29SHAH ALAM : Pendekatan UMNO menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Chempaka di Kelantan yang sehingga kini belum memutuskan apa-apa kecuali beberapa cadangan untuk tidak bertanding sebagai menghormati Tok Guru Nik Aziz, kurang disenangi Presiden Pertubuhan Pribumi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Bukan setakat itu, beliau juga bersedia menyahut seruan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding di PRK DUN Chempaka dengan syarat atas kapasiti Barisan Nasional.
“Saya hanya boleh bertanding menggunakan tiket BN kerana saya sendiri tidak ada parti.”
“Bukankah Khairy tidak tahu bukan mudah untuk seorang calon bebas bertanding?” soalnya.
Ibrahim Ali yang bersedia mempertimbangkan jika diberi peluang bertanding di bawah payung BN juga menyelar kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu baru-baru mencabarnya untuk bertanding sebagai satu tindakan yang kurang cerdik.

“Sebab itu saya anggap Khairy bodoh. Walaupun belajar di Universiti Oxford, tapi tidak semestinya lulusan Oxford ini cerdik.”

“Ini yang masalahnya orang benci kepada UMNO, tidak boleh ditegur atau diberi pandangan,” katanya.

Ibrahim Ali yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa UMNO seharusnya bertanding di kawasan itu khususnya menggunakan pengaruh parti itu sewaktu banjir baru-baru ini.

Sebelum ini ada pendapat yang mengatakan BN sukar menang di Kelantan kerana adanya Nik Aziz,
Tetapi, kini beliau berpendapat jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh UMNO semasa banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini boleh dijadikan modal parti itu untuk memenangi kubu kuat milik PAS itu.
0 Kaki Cili Padi "Ibrahim Ali sedia bertanding guna tiket BN"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info