Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Gila! Pusat Gym Benarkan Pelanggan Berbogel

JOM workout, itu istilah bagi kebanyakan mereka yang biasa bersenam di pusat gimnasium atau gym.



Kami yakin kebanyakan kita beranggapan gym adalah tempat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan agar hidup lebih sihat.

Namun, lain pula istilah ‘jom workout’ di sebuah gym yang membenarkan pelanggan mereka melakukan senaman tanpa seurat benang pun membaluti badan masing-masing.

Ini bukan rekaan tapi benar-benar terjadi di negara jiran kita Thailand.

Natijahnya, gym tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa sana baru-baru ini setelah didapati membenarkan pelanggan wanita dan lelaki melakukan senaman dalam keadaan bertelanjang bulat sekaligus membuka jalan kepada aktiviti tak bermoral.
Menurut laporan AsiaOne, premis yang dinamakan Ebi Sauna & Fitness tersebut turut menawarkan ‘urutan istimewa’ kepada pelanggan yang sanggup membayar harga tertentu.

Untuk menjadi ahli kelab dan memasuki premis ini pelanggan cuma perlu membayar lebih kurang RM190 dan menambah wang RM500 hingga RM1’000 untuk mendapatkan ‘urutan istimewa’ yang ditawarkan.

Macam ni punya kelab pun ada.. ini bukan nak bersenam tapi merenyam! -MYNEWSHUB.CC
0 Kaki Cili Padi "Gila! Pusat Gym Benarkan Pelanggan Berbogel"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info