Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Fara Fauzana Ganti Scha al-Yahya Sebagai Hos Baru Muzik Muzik



Peminat dan juga media sebelum ini berspekulasi yang penyampai radio dan pengacara popular ini bakal menggantikan Scha al-Yahya sebagai hos program Muzik Muzik dan perkara itu sudah pun terjawab dalam satu sidang media hari ini.

Fara Fauzana telah diumumkan sebagai hos baru rancangan Muzik Muzik di TV3 yang tahun ini sudah memasuki edisi ke 30. Pengumuman itu dilakukan hari ini ketika berlangsungnya rakaman episod pertama yang diadakan di Studio C, Sri Pentas.

Beliau akan berpasangan dengan AG yang kekal sebagai hos bersama dan ini bukan gandingan pertama mereka kerana sebelum ini pernah sama sama mengendalikan segmen AM Krew Hot FM.

“Terima kasih TV3 untuk kesempatan ini. Saya dengan AG pun sudah biasa bekerjasama di Hot FM,” ujar Fara Fauzana seperti dilaporkan Berita Harian.
0 Kaki Cili Padi "Fara Fauzana Ganti Scha al-Yahya Sebagai Hos Baru Muzik Muzik"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info