Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

FAKTA DI SEBALIK PEMENJARAAN ANWAR IBRAHIM

photo_2015-02-12_18-42-51Ramai dalam kalangan kita mungkin bergembira kerana Datuk Seri Anwar dipenjara. Tidak kurang pula mereka yang tidak dapat menerima hakikat tersebut. Namun begitu kita tidak harus bersikap demikian hanya kerana perbezaan ideologi dan politik. Ini bukan isu politik. Biarlah ia berpaksikan fakta, kebenaran dan perundangan.

Isu ini adalah satu isu yang melibatkan perundangan tanpa ada elemen politik. Bagi mereka yang berpihak biarlah kegembiraan atau kekecewaan mereka itu berlandaskan kepada keadilan.

Anwar dipenjarakan pada hari tersebut (Rabu 10 Februari) bukan kerana beliau adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang. Anwar dipenjarakan atas kesalahan meliwat berdasarkan kepada fakta perundangan.

Fakta-fakta perundangan penting itu adalah seperti berikut :

»Anwar Ibrahim mengatakan beliau ada 14 saksi sebagai saksi alibi tetapi akhirnya tiada seorang saksi pun tampil ke hadapan menjadi saksinya di Mahkamah,

»DNA Anwar sememangnya berada di tempat sulit Pengadu. Jika benar sekali pun ini adalah satu konspirasi politik maka mana ahli-ahli politik di dunia ini mampu mengambil atau mencuri sperma DNA Anwar untuk dimasukkan ke dalam tempat sulit si Pengadu?,

»Video rakaman CCTV sememangnya menunjukkan Anwar berada di tempat dan bangunan kejadian,

»Anwar tidak pernah sesekali menafikan sperma DNA tersebut adalah milik beliau. Beliau juga tidak berani untuk mengambil ujian DNA sampelnya untuk menafikan dakwaan pihak pendakwa. Yang dipertikaikan hanyalah pencemaran DNA sperma Anwar

»Hujah konspirasi politik bukanlah merupakan satu penghujahan yang kukuh di Mahkamah. Di Mahkamah segala-galanya berlandaskan kepada prinsip, hujah, bukti dan fakta PERUNDANGAN. Sekiranya kita mahu melihat dari aspek politik maka kita perlu diingatkan bahawa peguam yang sendiri mewakili Anwar ia itu mendiang Karpal Singh merupakan orang pertama dalam negara yang membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen,

»Kes ini seharusnya dilihat dari sudut perundangan dan bukannya melalui naluri dan emosi politik kita. Tidak kira mereka yang dalam BN membenci Anwar atau mereka yang berada dalam PR yang menyokong Anwar. Ini bukan perbalahan antara BN vs PR. Isu ini adalah isu perundangan yang melibatkan Pengadu (Mangsa) dan Pemangsa,

»Kita perlu percaya kepada prinsip perundangan dimana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah berdasarkan kepada fakta dan perundangan. Dalam fakta dan prinsip perundangan DNA sperma tertuduh sememangnya berada di dalam alat sulit pengadu. Tertuduh juga sememangnya berada di tempat kejadian pada ketika peristiwa itu berlaku. Kredibiliti tertuduh terjejas apabila membentangkan kes yang mengatakan terdapat 14 saksi alibi tetapi tiada seorang pun yang mampu dihadapkan ke Mahkamah untuk menjadi saksi. Faktor-faktor sedemikian adalah amat penting untuk membuat sebarang kesimpulan penghakiman.

(Begitulah bunyi titipan pandangan seorang teman kepada penulis sebaik-baik dia membuka lama ‘facebook’nya pagi ini (Khamis 12 Februari). Titipan maklumat hasil daripada pembacaan teman penulis tadi adalah mengenai pernilaian seorang penulis tentang kes tersebut (beliau tidak ingat nama penulis berkenaan).

SUARA BENAR memanjangkan komentarnya kerana ada kepentingan umum atau public interest di
sebalik peringatannya tersebut. Tidak ada niat lain kecuali untuk kefahaman kita bersama.- SuaraBenar
0 Kaki Cili Padi "FAKTA DI SEBALIK PEMENJARAAN ANWAR IBRAHIM"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info