Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Elfira Loy Dihalau Balik Produksi Kerana Tak Berdisiplin?


Elfira Loy Dihalau Balik Produksi Kerana Tak Berdisiplin?  |  Sebelum terima gosip ini, Murai Batu ada juga dengar daripada rakan-rakan wartawan yang beritahu tidak pernah melihat kelibat pelakon, Elfira Loy ketika beberapa kali pergi ke majlis pelancaran serta sidang media pementasan yang dilakonkannya.
Tertanya-tanya juga, mengapa Elfira tidak hadir ke majlis sidang media sedangkan semua pelakon lain pun hadir lebih-lebih lagi dia menggalas watak utama.
Rupa-rupanya, ada seorang rakan Murai Batu beritahu Elfira memang menghadapi masalah disiplin setelah beberapa kali juga tidak hadir ke sesi latihan pementasan tersebut.
Malah, Murai Batu dapat tahu satu cerita kononnya Elfira yang hadir sebelum pelancaran pementasan itu bermula baru-baru ini iaitu selepas siap-siap dengan mekap dan costume telah dihalau balik ketika nak buat sound check. Betul ke?
 Murai Batu dapat tahu lagi rupanya penerbit teater tersebut bukan sahaja bengang dengan disiplin Elfira malah para pelakon lain dalam teater tersebut.
Patutlah ketika rakan Murai Batu menghadiri majlis pelancaran itu, kelibat Elfira tidak nampak malah ketika persembahan teaser untuk teater itu wataknya digantikan dengan seorang pelakon baru sebagai stand in.
Namun, Murai Batu tidak lah tahu cerita sebenarnya dan hanya Elfira dan penerbit sahaja tahu perkara sebenar.  Jika benar, Murai Batu harap ianya bukan sahaja menjadi pengajaran kepada Elfira malah kepada pelakon lain. – Murai.com.my
0 Kaki Cili Padi "Elfira Loy Dihalau Balik Produksi Kerana Tak Berdisiplin?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info