Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Eksklusif : Rafidah Ibrahim Rela Tunggu Zamani!

Lama juga tidak melihat Rafidah Ibrahim di kaca televisen mahupun di majlis tertentu. Sesekali sahaja dia muncul. Terdetik juga adakah dia sudah tidak berminat untuk menyanyi mahupun berlakon? Kalau anda masih ingat, Rafidah pernah merakamkan sebuah lagu bersama Dato’ Ac Mizal yang berjudul Apo Kono Eh Jang. Selepas daripada itu dia seolah-olah senyap dari industri tempatan. Sebenarnya sangkaan itu silap kerana Rafidah sibuk dengan bidang yang baru diceburinya.



“Sebenarnya saya masih lagi menyanyi dan berlakon cumanya saya slow down sikit kerana tumpukan kepada perniagaan. Biasalah bila baru memulakan perniagaan banyak benda yang perlu kita titik beratkan. Tetapi itu tidak bermakna saya lupakan bidang yang saya cintai iaitu menyanyi dan berlakon. Perniagaan yang saya buat ini sebenarnya telah pun dilancarkan tetapi hanya di laman sosial seperti Instagram. Selain dari itu perniagaan tudung dan pakaian juga sedang dalam proses cuma tengah tunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan”, kata Rafidah.

Jika dilihat, sekarang ramai yang membuat produk kecantikkan ataupun kesihatan menggunakan selebriti sebagai duta. Tetapi tidak kurang juga yang hanya menggunakan wajah selebriti tertentu untuk melariskan produk mereka. Bagi Rafidah itu satu perbuatan yang tidak elok. “Saya ada juga melihat pihak tertentu sesuka hati mengunakan wajah selebriti untuk melariskan produk mereka. Lebih teruk apabila selebriti tersebut tidak tahu menahu. Pada saya ini tidak bagus. Kalau boleh biarlah buat perniagaan dengan secara yang telus dan diberkati”, komen Rafidah.



Bercerita mengenai bidang lakonan, Rafidah telah selesai berlakon sebuah telemovie berjudul Idris MLM arahan pengarah tersohor, Mamat Khalid dan akan disiarkan di Astro tidak lama lagi. Untuk nyanyian pula Rafidah sedang dalam proses menyiapkan single terbarunya. “Semua masih dalam perancangan. Single baru saya itu dicipta oleh Ajai. Tunggu masa yang sesuai untuk rakam sahaja. Saya ada sebuah lagi lagu duet tetapi terpaksa tunda juga. Itu tidak tahu bila akan dirakam. Saya bakal berduet dengan Zamani. Semua pun tahukan kes Zamani baru-baru ini. Jadi saya rela menunggu masa yang sesuai dari pihak dia untuk rakam lagu tersebut”.

Semasa isu jika rotan anak akan di penjara dicadangkan, Rafidah salah seorang yang menentang. Ini pendapat yang diberi olehnya.“Pendapat saya tidak perlu rasanya untuk penjarakan ibu bapa yang merotan anak. Tetapi sekiranya yang merotan itu sememangnya sesuka hati, itu harus dipenjara. Semasa saya kecil, ibu bapa saya selalu juga merotan saya. Rotan itu sebenarnya bukan untuk menyakiti tetapi mahu beri pengajaran kepada anak-anak. Bila kita besar kita akan tahu kenapa ibu bapa kita rotan dan sebagainya. Itu bukan tanda mereka tidak sayang kita tetapi mahu beri kita pengajaran”, tegas Rafidah
0 Kaki Cili Padi "Eksklusif : Rafidah Ibrahim Rela Tunggu Zamani!"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info