Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Caliph Buskers Beri Amaran, Batalkan Perhimpunan Haram Di Sogo



Tidak mahu lokasi mereka mencari rezeki dijadikan tempat perhimpunan haram, Fendy yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Caliph Buskers memberi ‘amaran’ kepada pihak tertentu yang bakal mengadakan perhimpunan haram agar membatalkan niat tersebut.


Fendy berkata, sebarang perhimpunan haram yang dicadang diharap dibatalkan segera demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan.

“Saya harap benda ini tidak berlanjutan. Bukan sahaja Caliph Buskers yang mencari rezeki di sana namun banyak lagi kumpulan buskers di sekitar Sogo. Orang ramai datang di sini bukan untuk melihat perhimpunan haram”

“Kenapa mereka hendak menyekat periuk nasi pemuzik jalanan dengan perhimpunan sedemikian? Kalau ia menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan, apa guna ia dianjurkan?” katanya.

Dalam pada itu kata Fendy, masyarakat menjadikan kawasan sekitar SOGO selain Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai lokasi membeli-belah dan bukan berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu.

“Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam”

“Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan mereka,” tegasnya lagi kepada pihak Astro Awani.

Jadi, adakah anda bersetuju dengan perkara yang diutarakan oleh Caliph Buskers? Bukankah bumi ini lebih indah dengan kemanan dan bukan semua jalan penyelesaian adalah melalui rusuhan.
0 Kaki Cili Padi "Caliph Buskers Beri Amaran, Batalkan Perhimpunan Haram Di Sogo"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info