Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Bapa Iblis Cabul Anak Lelaki Sendiri

Seremban: Seorang pengawal keselamatan dikenakan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, kerana mencabul anak lelaki sendiri.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan anak lelakinya berusia lima tahun di rumah mereka di Paroi, di sini, pada 5 November lalu, kira-kira jam 9 malam.

Oleh itu Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Melalui fakta kes, pengadu seorang ahli keluarga mengatakan anak lelakinya berusia lima tahun dicabul suaminya dan dia bertanyakan kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak itu dicabul bapanya sebanyak empat kali di dalam bilik dan bilik air rumah mereka menyebabkan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Roslina Mohamad merayu agar dikenakan hukuman paling ringan bermula dari tarikh ditangkap kerana sebelum kejadian tertuduh menanggung isteri dan tiga anaknya.
0 Kaki Cili Padi "Bapa Iblis Cabul Anak Lelaki Sendiri"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info