Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Bangkai Pesawat MH370 Bakal Diketahui Menjelang Mei?

Menurut Martin Dol,Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, serpihan dan bangkai pesawat MH370 yang hilang secara msiteri sejak Mac tahun lalu akan ditemui dalam masa yang terdekat.

Operasi mencari yang dipertanggungjawab oleh beliau menjangkakan nasib pesawat tersebut bakal diketahui menjelang Mei tahun ini.

Dolan memberitahu kepada news.com (Australia) bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.
“Pesuruhjaya itu mengatakan kita hanya menunggu masa untuk menemui bangkai pesawat dan apa yang masih tinggal melibatkan penumpang dan krew,” memetik portal Air News And Services pula.
Tambah portal berkenaan, semua serpihan-serpihan yang didakwa sebahagian daripada kapal terbang dan penemuan kotak kayu dari lautan juga sedang dinilai kembali oleh pakar sehingga lewat malam tadi.

MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, China pada 8 Mac tahun lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal.
0 Kaki Cili Padi "Bangkai Pesawat MH370 Bakal Diketahui Menjelang Mei?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info