Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Azwan Ali Disihir Artis Bapok Tua Bernama J?

SELEBRITI yang sering mencetuskan kontroversi, Azwan Ali mendedahkan dirinya disihir seorang artis berperwatakan lembut yang pangkal namanya bermula dengan huruf J.

Siapa pula Si Artis J yang dikaitkan menyihir Diva AA ni?

Menerusi laman Instagram Azwan mendedahkan, dia menderita sakit disebabkan perbuatan sihir oleh rakan artis terbabit.

Baca kenyataan Azwan Ali

“Kepada si pembuat sihir saya, muhasabahlah! Tuhan dah bagi macam-macam bala, musibahkan? Kau masih nak bermain sihir dengan aku. Sungguh jijik perbuatan. Dah berapa kali saya pergi Umrah saya balik saya kena sihir dengan ular jadian masuk dalam rumah saya. Tapi baru ni tiada ular, tiada biawak, tiada apa.

Saya sakit kaki dah 3 bulan dah. Tuhan suruh kita berikhtiar. Kalau kita kena benda-benda tak elok ni kita kena jumpa pakar untuk membuang bisa-bisa tu dan saya telah melakukannya. Biarlah orang nak ketawakan saya. Saya nak bersyukur kepada Allah SWT, begitu ramai followers saya di Instagram yang mendoakan supaya sembuh.”

“Jangan tanya mana saya dapat maklumat ni, tapi dengan kuasa Allah SWT, saya dah tahu perbuatan durjana artis ni. Artis ni sebenarnya seorang artis lelaki yang lembut, yang kononnya serba boleh. Tak tahu apa masalah dia, yang dia sibuk nak sihirkan saya, hantar segala bisa-bisa di kaki saya.

“Saya tak perlu buktikan, tapi kalau saya buktikan, hancur luluh karier dia. Dia boleh buat apa sahaja ke atas Azwan Ali di atas dunia ni, Allah SWT maha mengetahui. Saya ada bukti termasuk beberapa pengamal perubatan Islam yang mengubati saya dan mengesahkan memang artis ni lah punya kerja.”


0 Kaki Cili Padi "Azwan Ali Disihir Artis Bapok Tua Bernama J?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info