Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Ayda Jebat Nafi Demand Selepas Menang Anugerah MeleTOP ERA

Pelakon kecil molek yang juga merupakan Duta kepada Aura White Bubbly, Ayda Jebat menafikan bahawa dia akan menaikkan harga atau demand bagi sesuatu projek lakonan buat dirinya setelah memenangi Anugerah Bintang Baru MeleTOP dan Anugerah Utama iaitu TOP TOP MeleTOP di malam kemuncak AME 2015, malam kelmarin.


“Bila sudah menang orang akan cakap saya demand, diva dan semuanya. Saya tetap akan jadi sendiri sebab saya dari dulu tak betul, gila-gila dan saya akan tetap jadi macam ini. Sebab saya pun manusia biasa, saya layan semua orang macam keluarga saya sendiri,” katanya.

Dia juga turut menafikan bahawa menjadi Duta kepada Aura White Bubbly adalah punca kemenangannya pada malam tersebut dan memberitahu bahawa drama lakonannya ‘Rindu Awak 200% bersama pelakon Zul Ariffin adalah sedikit sebanyak membantu populariti mereka berdua seterusnya berjaya merangkul Anugerah pada AME 2015.

“Saya tak rasa saya sebagai duta saya akan menang. Tetapi apa yang boleh saya katakan di sini adalah kerana peminat Zul Ariffin dan saya mengundi sesama sendiri dan kita sama-sama menang,” tambahnya.

Memenangi kategori utama dalam AME 2015 iaitu TOP TOP MeleTOP membuatkan empunya diri, Ayda Jebat langsung tidak menyangkakan kemenangannya pada malam tersebut kerana berasakan Dato’ Siti Nurhaliza yang bakal mengungguli Anugerah Utama itu.

“Saya tak sangka sebab persaingan begitu kuat sekali, lagipun Dato’ Siti Nurhaliza menang banyak malam ini dan saya rasa dia akan menang untuk kategori itu. Alhamdulillah nampaknya rezeki saya dan peminat untuk melihat saya di atas pentas dan menang,” ujarnya mengakhiri perbualan
0 Kaki Cili Padi "Ayda Jebat Nafi Demand Selepas Menang Anugerah MeleTOP ERA"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info