Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

ASTAGFIRRULLAHALAZIM! Ambil Tanah Kubur Allahyarham TGNA jadi Azimat?....

#KOTA BAHARU- Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu....



#Beliau berkata orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham...


#Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama....
#Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri,รข€ katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Sabtu....


#Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya....

#Tinjauan Bernama di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini, mendapati orang ramai tidak henti-henti menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu....

#Beliau meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis ketika berusia 84 tahun....


#Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka itu dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, kira-kira 8.40 malam hari yang sama setelah dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat....

#Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada 11.30 pagi Jumaat, lapor Bernama....
0 Kaki Cili Padi "ASTAGFIRRULLAHALAZIM! Ambil Tanah Kubur Allahyarham TGNA jadi Azimat?...."

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info