Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Adlin Aman Ramli Tidak Kisah Kena Kritik

Berpunca daripada kegagalan Adlin Aman Ramli memberikan pemarkahan yang baik terhadap peserta Mentor Legend dan juga keterlaluan dalam memberikan komen sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penonton dan menyifatkan Adlin tidak layak berada di kerusi tersebut dan berharap dia disingkirkan.

Bagaimanapun, Tuah dan juga Aina telah diserap kembali ke dalam rancangan tersebut sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk kembali bertanding.

Tidak mudah melatah dengan komen dan juga kritikan orang ramai terhadap apa yang telah dilakukannya, Adlin mempunyai alasan dan juga jawapan tersendiri terhadap isu tersebut.

“Ya, saya ada baca komen-komen tersebut. Biarlah, bukan saya tidak tahu, saya boleh faham. Sebagai juri, saya tahu apa yang saya lakukan.

“Jika audiens di luar tidak faham, saya tak hairan tapi untuk semua mentor yang terlibat, mereka harus faham dengan keputusan yang dilakukan. Peranan saya sebagai juri lebih kepada seni persembahan yang ditonjolkan,” katanya.

Tambah Adlin, dia tidak mahu Mentor Legend disamakan dengan lambakan program realiti yang sedia ada sebaliknya lebih menekankan kepada kualiti bakat baharu yang dihasilkan.

“Saya lebih melihat kepada apakah potensi maksimum yang ditunjukkan oleh setiap protege menerusi persembahan mereka. Teknikal dan keupayaan menyanyi merupakan kekuatan buat mereka,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon Emelda Rosmila ini menasihatkan kepada penonton terutamanya peminat setiap protege agar bersifat lebih terbuka.

“Mereka (peminat) perlulah bijak. Sebagai juri, pastinya saya mahukan seseorang yang diperlukan dalam industri hiburan kini,” katanya menutup bicara. 
0 Kaki Cili Padi "Adlin Aman Ramli Tidak Kisah Kena Kritik"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info