1. Restoran Muslim Adam Lai, Sek 15, Shah Alam


Restoran yang dimiliki Adam bersama Ebby Yus, Mohd Helmy Harun dan Faizal Abdul Jabar ini mendapat perhatian penduduk sekitar, sama ada berbangsa Cina, India mahupun Melayu sejak dibuka pada tahun 2012.
Lokasi: No 69-G Jalan Pahat H 15/H, 40200 Seksyen 15, Shah Alam
2. Madam Lim’s Kitchen, Jusco Taman Maluri

Lokasinya yang terletak di pusat membeli-belah memang memberi kelebihan kepada anda yang mahu biarkan isteri anda membeli-belah sambil anda boleh layan hidangan seafood yang pasti menyelerakan. Kami pernah makan di sini, memang puas hati.
Lokasi: Lot G15A, Ground Floor, Jusco Taman Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras
3. Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, Seksyen 15, Shah Alam


Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah memang terkenal malah turut mempunyai beberapa cawangan selain di Shah Alam. Rata-rata yang pernah ke sini memberikan respon dan review yang baik terhadap makanan, servis dan juga harga di sini. Satu pengalaman yang berbaloi bagi kami.
Lokasi: 33 & 35 Jalan Utas B, Sek 15, 15/B, 48000 Rawang, Selangor.
4. Restoran Cina Muslim Al-Munawarah, Sek 9, Shah Alam


Tengok gambar sahaja sudah terliur apatah lagi jika makan di kedai ini. Mendapat review yang turut memberangsangkan, anda boleh cuba udang yang dihidangkan di restoran ini yang pastinya segar dan juga sangat sedap.
Lokasi: NO 28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9, Shah Alam
5. Haji Sharin Low Seafood Restaurant, Bukit Antarabangsa


Ini kami jamin sudah ramai yang pernah sampai di sini. Hidangan yang terjamin sedap dan juga persekitaran yang selesa membuatkan restoran ini juga sesuai untuk bawa anak-anak, isteri-isteri dan juga rakan-rakan anda untuk makan besar.
Lokasi: No 1, Lorong Wangsa 5A, Taman Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa, Ampang
6. Restoran Masakan Cina Muslim Imperial Medina, Jalan Raja Abdullah

Ini merupakan lokasi yang sentiasa menerima kunjungan ramai setiap hari. Bagi kami, berdasarkan lokasi makanan yang terletak di tengah kota raya, adalah lebih baik sekiranya anda merancang dulu perjalanan dan sabar menunggu pesanan.
Lokasi: 39 Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
7. Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen, Damansara Perdana


Fuh, ini memang sedap. Kepada anda yang mahu pergi ke lokasi ini, boleh dapatkan di alamat di bawah. Pastikan datang dengan perut kosong dan rasailah masakan di sini.
Lokasi: No 3-1, Ground Floor, Jalan PJU 8/5H, Damansara Business Center, Damansara Perdana
8. Restoran Muslim Dong Yi Shun, Kelana Jaya


Tempat yang santai dan juga makanan yang sedap, apa lagi yang anda mahukan. Menghidangkan makananan asal Chinese, kami yakin anda pasti jatuh cinta dengan masakan di sini. Tak percaya? Cuba dulu.
Lokasi: C-G-06, Ground Floor, Dataran Glomac (Jalan SS6/5B, Kelana Jaya), Petaling Jaya
Jadi, mana satu antara restoran cina muslim yang anda pernah pergi atau mungkin anda ada satu destinasi yang boleh dikongsikan bersama.
1 Kaki Cili Padi "8 Restoran Makanan Cina Halal Sekitar Lembah Klang"
Salam Tuan/Puan
Saya mohon kebenaran untuk guna gambar-gambar yang cantik ini di website saya
Johari
www.ayamdara.com