Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

3 Tuntutan Tasha Shila Kepada TV3



KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla meminta semua pihak tidak mengaitkannya terlibat dengan kegiatan pelacuran sebagai gadis peneman atau escort girl. Tasha atau nama sebenarnya Natasha

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa 10 orang selebriti wanita terlibat dengan kegiatan escort girl.

Berikutan isu tersebut, pada 8 Februari yang lalu, salah sebuah rancangan hiburan TV3, Melodi telah menemubual Tasha Shilla yang dikatakan mungkin terlibat dengan aktiviti tersebut.

“Selepas keluar isu berkenaan saya mendapat banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak termasuk media yang mahukan pejelasan berhubung isu itu.

Tasha Shilla yang diwakili peguamnya, Fahda Ahmad Kamar telah menghantar notis amaran dengan mengemukakan tiga tuntutan kepada TV3.

“Kami telah menghantar notis kepada pihak TV3 pada Jumaat lalu dengan mengemukakan tiga tuntutan iaitu menuntut agar TV3 memberi ruang kepada Tasha untuk membersihkan namanya daripada isu escort girl, permohonan maaf dan Melodi berjanji untuk tidak membangkitkan lagi isu berkenaan.”

“Setakat ini, kami belum menerima apa-apa lagi respons daripada pihak TV3 dan menetapkan tempoh selama dua minggu kepada mereka untuk memberi maklum balas berhubung tuntutan berkenaan.”

“Saya mahu orang diluar sana jangan ambil mudah perkara ini dan jangan suka serkap jarang kerana ia benar-benar mengaibkan nama saya,” katanya.

0 Kaki Cili Padi "3 Tuntutan Tasha Shila Kepada TV3"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info