Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Ustaz: Lamaran Gaya Hairul Azreen Boleh Pesongkan Akidah

Walaupun ramai yang beranggapan lamaran Hairul Azreen di atas pentas Gegar Vaganza hujung minggu lalu sesuatu yang manis buat Hanis Zalikha, tidak boleh kita nafikan yang ianya ada sedikit melanggar norma adat dan budaya kita sebagai orang Timur.

Perkara ini turut diakui pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat yang beritahu cara lamaran sebegitu boleh menjatuhkan maruah wanita itu jika perhubungan tersebut terputus di tengah jalan.

“Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia patut dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Sekiranya hubungan itu putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah,” ujarnya.

Berkata kepada mStar Online, beliau menambah yang lafaz ayat will you marry me terhadap Hanis Zalikha menyerupai budaya agama lain & perbuatan itu boleh memesongkan akidah umat Islam.

“Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan ayat will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja. Kalau dalam agama Islam, perlu lakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu”

Dari segi positifnya, Ustaz Zulkefli Hamat berkata ianya bagus kerana menggalakkan lebih ramai muda mudi dan orang di luar sana untuk mendirikan rumahtangga.
0 Kaki Cili Padi "Ustaz: Lamaran Gaya Hairul Azreen Boleh Pesongkan Akidah"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info