Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Umie Aida Reda Rumah Kena Lelong Dan Akan Sentiasa Bersama Suami



Berita perisytiharan status diri sebagai muflis daripada Jabatan Insolvensi Malaysia terhadap ahli perniagaan Datuk Khairuddin Abu Hassan yang juga merupakan suami kepada pelakon Umie Aida mendapat perhatian ramai peminat minggu lalu.

Paling hangat diperkatakan adalah isu lelongan rumah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin Abu Hassan yang terletak di Mont Kiara dan menurut perkembangan terkini, rumah tersebut sudah pun berpindah milik selepas berjaya dibida pada harga sama.

Bercakap kepada media, Umie Aida reda dengan lelongan hadiah perkahwinan suaminya untuk beliau itu dan berjanji akan sentiasa bersama suaminya dalam susah dan senang.

“Saya sebagai isteri akan sentiasa di belakang suami sama ada susah atau senang. Hidup pastilah ada dugaan dan Tuhan memberi kami dugaan mengikut kemampuan hamba-Nya,” ujarnya.
0 Kaki Cili Padi "Umie Aida Reda Rumah Kena Lelong Dan Akan Sentiasa Bersama Suami"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info