Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Terkini! 7 Foto pra-persandingan Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Umum mengetahui yang pasangan suami isteri yang juga pelakon Aeril Zafrel & Wawa Zainal berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan seorang anak lelaki yang comel.

Pertama kalinya pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akui bakal bersanding pada 31 Januari ini di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK), Kedah.

Majlis Persandingan itu diadakan sempena Malaysia International Wedding Festival (MINWEF) selepas mereka dipilih sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

"Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.

"Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.

"Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang -orang yang tidak kami kenali,"
 katanya ketika sidang media mengumumkan mereka sebagai duta MINWEF.


Festival tersebut akan bermula pada 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK. Antara 5 hari yang terbesar dan seumpamanya di peringkat wilayah Utara anjuran Big Pictures Event Sdn Bhd ini disertai lebih 80 pemamer dengan 103 ruang pameran.

Antara respon mereka berdua, yang buat pertama kalinya bersanding di atas pelamin, masing-masing akui malu dan gementar.

"Saya lebih rasa malu dan gementar kerana yelah kami bukanlah pengantin baru malah dah anak seorang pun.

"Sebelum ni pun kami memang merancang untuk bersanding tetapi rasanya sudah tak perlu kerana ramai sudah pun mengetahui mengenai perkahwinan kami.

"Tapi bila tiba-tiba dapat tawaran ni tu yang rasa gementar kerana bila berlakon lain dan nak bersanding lain,"
katanya.

Jom lihat beberapa keping gambar pra-persandingan Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang sempat di rakam untuk tatapan semua peminat beliau di luar sana.









0 Kaki Cili Padi "Terkini! 7 Foto pra-persandingan Aeril Zafrel & Wawa Zainal"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info