Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

RISAU KENA HIV DAPAT TAHU GADIS WECHAT DIKENALI TURUT DIRATAH RAMAI LELAKI LAIN



Seorang pemuda kerugian lebih Rm30 000 apabila terpedaya dengan seorang gadis di Wechat dan lebih menyediakan, beliau berisiko virus HIV.
Lelaki berusia 32 tahun dikenali sebagai Tan tidak menyangka pertemuan di laman sosial itu, sejak Mei tahun lalu membawa hubungan lebih serius dengan seorang wanita warga China, dikenali sebagai Yang, berusia 20-an.

Bekerja sebagai pengaturcara komputer, Tan amat tertarik mengenali lebih rapat dengan wanita itu kerana paras rupanya yang menawan.

Setelah beberapa minggu menjalin hubungan, Yang meminta Tan wang bagi menampung pembedahan ayah dan adiknya di China.

Tan berkata, kerana simpati beliau bersetuju menyerahkan wang kepada wanita itu.

Lama-kelamaan, Tan mula mengesyaki sesuatu apabila Yang sering menggunakan alasan sama.

“Saya berjaya mendapatkan akses akaun WeChat dan memeranjatkan, Yang mempunyai 3,000 kenalan lelaki di WeChat.

“Saya menghubungi beberapa kenalan itu dan mereka turut mendakwa melakukan hubungan seks bersama Yang tanpa memakai perlindungan (kondom), ” katanya.-Sinar Harian
0 Kaki Cili Padi "RISAU KENA HIV DAPAT TAHU GADIS WECHAT DIKENALI TURUT DIRATAH RAMAI LELAKI LAIN"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info