Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Rekod Tercipta! Dua Beradik Berkhalwat Dengan Dua Beradik



Jitra: Sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) yang melakukan# serbuan ke sebuah bilik hotel bajet di sini, semalam terkejut apabila mendapati dua pasangan dicekup kerana disyaki berkhalwat adalah pasangan adik-beradik.

Difahamkan, si abang berusia 27 tahun dan adik lelakinya berusia 25 tahun dari Kuala Nerang membawa pasangan masing-masing yang juga adik-beradik berusia 18 dan 17 tahun dengan menunggang motosikal ke hotel berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila dua berad#ik perempuan berasal dari Pokok Sena itu dikatakan baru berkenalan dengan pasangan mereka sejak sebulan lalu.

Mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik di hotel berkenaan kira-kira jam 3.15 pagi selepas sepasukan anggota penguat kuasa PADKP menerima maklumat berhubung kegiatan itu.
0 Kaki Cili Padi "Rekod Tercipta! Dua Beradik Berkhalwat Dengan Dua Beradik"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info