Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Pulau Hashima - Pulau Yang Sangat Menyeramkan Di Jepun!




Pulau Hashima atau yang juga dikenali sebagai Gunkanjima ( Battleship Island ) kerana bentuknya yang menyerupai kapal perang, merupakan sebuah pulau seluas 60,000 meter persegi di laut lepas Nagasaki , Jepun.



Pada 1950, pulau itu merupakan rumah bagi beribu-ribu pekerja lombong arang batu dan ditutup pada 1974. Semenjak itu, pulau tersebut telah terbengkalai hingga filem agen 007 kembali menemuinya.

Selain perumahan pulau tersebut turut dilengkapi dengan hospital, panggung wayang, restoran dan bar untuk penduduk pulau ini seolah-olah sebuah bandar atas kapal.



Bagaimanapun zaman kegemilangan pulau tersebut mula muram apabila selepas perang dunia kedua permintaan terhadap arang batu mulai kurang kerana penemuan petroleum telah menggantikan penggunaan arang batu.

Akhirnya penduduk pulau tersebut mula berpindah ke daratan untuk mencari peluang pekerjaan baru dan kini terbiar tanpa berpenghuni dan dikatakan teah menjadi sebuah pulau yang berhantu.



Bangunan usang dan barang -barang yang ditinggalkan para pelombong batu arang membuat tempat ini seperti pulau yang paling terpencil di Bumi. Selain digunakan sebagai lokasi dalam filem, pulau itu sebelumnya pernah menjadi berita utama ketika pada 2008 sebuah organisasi nonprofit mengusulkan agar Pulau Hashima ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia .



Pulau Hashima seluruhnya ditutup untuk umum hingga pada 2009 pelancong dibenarkan untuk mengunjunginya. Masalahnya, tidak ada banyak yang boleh dilakukan di sana selain mengagumi runtuhan suasana menakutkan yang ternyata menjadi daya tarik tersendiri. Pulau kini sudah tidak terurus dan kelihatan seperti sebuah bandar berhantu dan amat menyeramkan dengan bagunan yang mula buruk dan runtuh manakala tumbuhan liar mula tumbuh.




0 Kaki Cili Padi "Pulau Hashima - Pulau Yang Sangat Menyeramkan Di Jepun!"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info