Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Luahan Suami.. Isteri Tak Puas Sorang Laki Ke? Sampai Sanggup..



Apakah hukum seorang isteri berbalas SMS/Whatsapp dan bertukar-tukar gambar dengan suami orang yang juga bekas rakan sekolah, ketika di belakang suami? Jika suami berdekatan, isteri akan berbalas SMS secara sembunyi.

Suami tahu dan melarang isteri berbuat demikian tetapi supaya menyenangkan hati suami, si isteri menyatakan tidak lagi berhubungan sedangkan mereka masih berhubungan.

Lebih teruk, suami orang itu menelefon isteri pada jam 2 pagi di depan suami hingga berlaku pertengkaran.

Isteri menegaskan dirinya tidak berdosa dengan berbalas SMS, malah berkata sayang kepada kawan berbeza dengan sayang terhadap suami.

Boleh Ustaz tolong jelaskan? Untuk makluman, suami orang itu adalah bekas kekasih isteri yang tidak menerima persetujuan daripada keluarga untuk berkahwin.

MUHAMAD OTHMAN

Kuala Lumpur

Tindakan isteri dianggap curang atau derhaka (nusyuz). Anda seharusnya menyelidik dan mendapatkan bukti jelas. Berdasarkan maklumat yang betul, lakukan tindakan dengan hikmah, mendidik dan tegas memberi pengajaran.

Perkara yang dilakukan sangat mengundang fitnah, oleh itu ambil tindakan sewajarnya. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA: "Aku pernah bertanya baginda: 'Siapakah orang paling berhak ke atas isteri?' "Baginda menjawab: 'Orang paling berhak kepada isteri ialah suaminya...'" (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Juga sabda Rasulullah SAW, bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan dahsyat di dalamnya. Aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita."

Rasullullah SAW ditanya: "Mengapa demikian, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengĂ‚­kufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan merasa cukup." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berikan didikan dan pengajaran yang dibenarkan dalam Islam seperti nasihat, meninggalkan tempat tidur dan pukulan yang tidak melukakan atau mencederakan termasuk memaki, mencaci dan mencelanya atau melantik perantaraan yang boleh berbincang mencari penyelesaian yang terbaik.
0 Kaki Cili Padi "Luahan Suami.. Isteri Tak Puas Sorang Laki Ke? Sampai Sanggup.."

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info