Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Luahan Hati Peniaga Kecewa, Mangsa Banjir 'Rompak' Pasar Raya



TEMERLOH - Pemilik pasar raya Cowboy meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan segelintir mangsa banjir yang melarikan barangan berharga di kedainya semasa musim banjir. Tindakan mereka itu menambahkan lagi luka di hati dan kerugian syarikat.

Pengurusnya, Teoh Hong Kean berkata, barangan yang dilarikan bukan makanan, sebaliknya peralatan elektrik, mesin-mesin pertukangan, periuk nasi elektrik bersaiz besar, mesin-mesin dan semua barangan berharga.

“Kejadian ini berlaku sejak hari pertama pasar raya kami dinaiki air sedalam 0.6 meter hingga paras air sedalam tiga meter.

“Mereka menggunakan bot memecah pintu masuk utama semua yang terlibat berebut-rebut melarikan harta kami.

“Pernah satu hari saya cuba larang tetapi mereka halau saya pulang dan mendakwa pemilik pasar raya membenarkan tindakan mereka itu,” katanya.

Kejadian itu hanya disedari oleh Hong Kean pada Sabtu minggu lalu ketika dia bersama dengan anaknya mengharungi banjir untuk melihat keadaan pasar raya miliknya itu.

Ketika itu, kelihatan berduyun-duyun mangsa banjir keluar masuk melarikan barangan berharga milik kedainya.

“Saya hubungi polis tempatan hingga ke Bukit Aman namun kecewa kerana polis juga gagal mengawal pencuri yang memecah masuk premis saya tidak kira waktu siang atau malam,” katanya.

Hong Kean menganggarkan kerugiannya yang dialami pasar rayanya sebelum banjir, RM1 juta. Tetapi kerugian itu bertambah apabila mangsa banjir bertindak 'merompak' menjadikan dia mengalami kerugian 100%.

Hong Kean bagaimanapun telah membuat laporan polis dan mendakwa mempunyai bukti rakaman video pencuri yang melarikan barangan milik pasar rayanya itu.
0 Kaki Cili Padi "Luahan Hati Peniaga Kecewa, Mangsa Banjir 'Rompak' Pasar Raya "

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info