Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Leez Rosli Kini Tampil Berhijab?

Ketibaan tahun baru mungkin memberi makna tertentu bagi seseorang individu dan kami lihat permulaan tahun 2015 ini, Leez Rosli yang juga merupakan isteri kepada Aepul (Drama Band) sudah mula mengenakan hijab di dalam beberapa gambar terbaru akaun Instagram miliknya

Selain itu, Leez juga turut muncul bertudung ketika hadir pada AJL 25 semalam. Mungkin ini juga perubahan yang dilakukan Leez setelah bergelar isteri pada 27 Disember tahun lalu. Apa yang pasti, Leez ternyata kelihatan lebih menawan dengan imej terbarunya itu.
Jika Leez masih dalam cubaan untuk berhijab, kami yakin ramai peminat di luar sana sentiasa mendoakan kebaikan agar hubungan Leez dan juga suami sentiasa diberkati dan dilimpahi kebahagiaan.
Jadi, pada pandangan anda, siapa selebriti yang akan turut berhijrah untuk berhijab pada tahun ini?
0 Kaki Cili Padi "Leez Rosli Kini Tampil Berhijab?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info