Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Lamaran Hairul Azreen Ada Unsur Iluminati?

10409286_621105714661972_7400851292338235726_n
Selamat pagi Isnin semua! Korang tengok tak pentas akhir Gegar Vaganza malam tadi? Puas hati tak dengan keputusannya?
Pada yang masih ketinggalan, buat julung kalinya, Ayai Ilusi telah diangkat sebagai juara Gegar Vaganza musim pertama. Tahniah kami ucapkan!
Namun, sepanjang konsert berlangsung, ada beberapa perkara jelik yang berlaku tau. Nak tahu apa, kenalah baca lagi.

1. Tayangan Tergendala Kerana Sound System

Screen Shot 2015-01-05 at 1.39.57 AM
Sebenarnya, kami memang ternanti-nanti persembahan pembukaan yang dimulakan dengan Ifa Raziah. Bukan apa, kami dengar Ifa bakal menampilkan persembahan yang mantap.
Tapi, baru je nak mula persembahan, tiba-tiba muzik berhenti. Terus tak ada suara yang kedengaran. Bukan sekali, tapi dua kali persembahan Ifa Raziah terbantut. Kesian pun ada!
live

2. Ifa Raziah Dipeluk Hisyam Hamid

10429270_620995861339624_432464750214243305_n
Panas! Panas! Bukan kami je yang tercengang saat melihat ‘pasangan’ ini berpelukan. Juri pun tak senang duduk dibuatnya.
Apabila kami intai laman Twitter, ramai juga yang meluahkan rasa tak puas hati dengan Ifa. Maklumlah, kata orang, rancangan #GegarVaganza ini ditonton segenap lapisan masyarakat. Jadi, kenalah kurangkan elemen-elemen tak manis begitu.
ifah2

3. Lamaran Hairul Azreen Kepada Hanis Zalikha Ada Unsur Iluminati?

Screen Shot 2015-01-05 at 1.36.32 AM
Ini yang paling epik. Patutlah kami jadi pelik kenapa kumpulan Kristal menyanyikan lagu Marry You. Rupa-rupaya Hairul Azreen nak lamar Hanis Zalikha.
Persoalannya, kenapa lamar dipentas Gegar Vaganza? Ramai yang kurang senang dengan aksi so-sweet ni. Ada juga Tweet sinikal yang mengatakan lamaran ini berunsur Iluminati.
10906074_518279231647968_7875594555115585056_n
Namun, secara jujurnya, kami rasakan konsert final malam tadi memuaskan. Paling Win sekali persembahan Haleeda yang sememangnya superb setiap minggu.
Kami team OHBULAN! mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Rasa-rasa korang nak tengok #GegarVaganza musim ke-2 pula tak?
0 Kaki Cili Padi "Lamaran Hairul Azreen Ada Unsur Iluminati?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info