Blog Ale Uto

Jangan Sampai Membutohkan Diri Sendiri

Kenapa JAWI,JAKIM Tak Tangkap Artis Dan Pemimpin Yang Sedap Peluk Bukan Mahram?


Semua Sedia Maklum yang sekarang ini JAKIM,JAWI telah pun menangkap gadis yang memeluk artis K.POP baru-baru ini.. Tetapi persoalannya sekarang kenapa baru sekarang JAKIM,JAWI ini nak bertindak? Persoalan kedua kenapa kuasa mereka terhad pada rakyat biasa?

Semua Sedia maklum drama melayu dan filem melayu kebanyakkan ada agenda peluk-peluk, atas katil, dan lebih teruk agenda seks yang menghairahkan. Namun mereka yang berkuasa tentang islam ini dok penjam mata.

Yang terkini kes Ifa Raziah memeluk Hisyam Hamid Secara Live dekat TV. Saya ulangi secara Live dekat TV tidak ada sebarang tindakkan daripada JAKIM. Bila ditanya sebab kenapa Artis berusia melakukan agenda itu ketika menyanyi adalah untuk menampakkan lakonannya dalam persembahan. Sudah banyak alasan sama yang diberikan oleh artis-artis murahan yang terbabit dalam agenda peluk-peluk ini.

Adakah kuasa JAKIM hanya terhad pada rakyat biasa sahaja? Kalau benar JAKIM ini benar-benar berfungsi sebagai badan agama islam,mereka sepatutnya lebih peka dan jangan hanya bertindak pada sesuatu masa sahaja.

Baru-baru ini keluar kenyataan daripada Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengatakan tindakan Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang memeluk Lee Chong Wei adalah bukan satu kesalahan kerana tindakkan itu adalah seperti seorang ibu kepada anaknya. Itulah matlamat yang menghalalkan. Benda yang haram di halalkan.

Banyak Movie melayu yang ada agenda-agenda seks antara Ombak Rindu,Laga dan lain-lain lagi. JAKIM sepatutnya buat kerja secara amanah yang diberikan oleh Allah. Kalau tidak tunggulah azab anda di Neraka nanti.













0 Kaki Cili Padi "Kenapa JAWI,JAKIM Tak Tangkap Artis Dan Pemimpin Yang Sedap Peluk Bukan Mahram?"

 
Copyright © 2014 Blog Ale Uto - All Rights Reserved
Template By Catatan Info